Sunday 19 August 2012

Hidup tanpa Fesbuk / Hari Raya prtama

DEAKTIVATE FESBUK

Lega rasanya bila dpt deaktivate fesbuk. Maklumla kadang2 status yg saya post bley buat org lain salah sangka. Ketagihan terhadap benda alah tu lagi. So utk elakkan dari menjadi lebih buruk, baik saya buat langkah pencegahan. Terima kasih awak kerana mengingatkan saya pada post2 saya sebelum ni (",)

1ST DAY OF HARI RAYA AIDILFITRI




Tahun ini merupakan tahun ke 2 saya dan keluarga beraya tanpa Datuk dan Nenek. Maksud saya both side mak dan ayah saya. Sedih memang sedih kerana apa yang berlaku few years back then tak mungkin berlaku lagi pada tahun ini dan tahun2 seterusnya. Tapi kami sekeluarga tetap akan balik kampung di Kedah pada hari raya ke 4 ni..nak melawat saudara-mata.. Kenduri kahwin lagi..hehe

btw, nk brcerita psal hari raya prtama, mmg best. Pagi2 lg saya dan adik2 bersiap..ada yg tolong isi kuih, belah lemang, potong ketupat. mcm2 ragam. Pastu kami adik beradik beratur utk mintak maaf kt mak dan ayah. Dapat duit raya lagi..hehe. Setelah selesai, kami bersolat raya bersama-sama pnduduk taman disurau.

Selepas tu, kami melawat kubur arwah datuk dan nenek di Gurap. Ibu menyuruh saya mngepelai bacaan yassin bserta bacaan doa brsama-sama. waktu pulang ke rumah, ibu sempat berseloroh yg saya dah boleh kawen dah sebab dh bley jadi imam. Amboi ayat..haha

Start tengah hari baru kami sekeluarga melawat saudara mara di sekitar ipoh. Saya dan adik2 dah set dlm jadual kami , raya pertama mlawat rumah saudara mara sebelah ibu, raya kedua mlawat kawan2, raya ketiga               open house rumah kami dan raya keempat baru balik Kedah. Yang bestnya saya still lagi dpt duit raya. Yeay ! kakak saudara yg tua setahun pun kasi. maklumla sy still lg  student. So boleh lagi dpt duit raya..Bila dibilang ada lebih kurang 9 sampul saya dpt arini..hehe

Seperti biasa soalan lazim yg pakcik2 dan makcik2 saya akan tanya
Bile habis study ?
Bila nak kawen ni ?
Takde makwe ke ?

Fuh, maklumlah saya dah 24 tahun. Tapi bagi lelaki expcially student cam saya, umur tu still muda lagi. Jawapan yg saya bagi dan membuatkan mereka tersenyum ialah '' Habis study, perkara pertama yg Epi akan buat slepas bkerja tetap ialah Epi akan bawak Mak dan Ayah Epi pergi Haji..Doa2 kanlah umur kami sekeluarga panjang yea  ''

Ada jugak saya bagi jwapan secara berseloroh '' Epi dah suka kat seseorang tu, tapi dia reject Epi..so kena tunggu Epi jadi mat kpop le baru dia nk suka kt Epi kot?..hehe''

Tu jela utk pagi buta ni..hehe


2 comments: