Monday 16 September 2013

DOA QUNUT NAZILAH

ambil info dari sahabat.

Cara-cara

Bacaan Qunut Nazilah ini boleh dilakukan pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.

Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut.

Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh. 

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran 

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah


Thursday 11 July 2013

Perkara - Perkara Yang Membatalkan Puasa

Pertama : Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan dengan sengaja , samaada daripada jenis makanan atau bukan makanan.
Termasuk perkara ini ialah :

1) Menghisap rokok / tembakau, candu, dadah dan sebagainya. Dan menghisap (Nusyuk) melalui hidung.

2) Suntikan makanan atau menambah vitamin.

Kedua : Memasukkan sesuatu daripada dua jalan (Qubul & Dubur).
Ketiga : Memuntahkan makanan dengan sengaja.
Keempat : Jimak (Bersetubuh)

Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, katanya: Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w berkata: Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan hamba? Jawab lelaki itu: Tidak sanggup. Rasulullah s.a.w berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?. Jawab lelaki itu: Tidak mampu. Kata Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?. Jawab lelaki itu: Tidak. Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekahkanlah kurma ini. Kata lelaki itu: Kepada siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Kelima : Keluar Mani dengan sengaja.
Dengan apa cara yang pada adatnya boleh membawa kepadanya. Atau dengan sengaja memandang, atau berfikir-fikir, cium, sentuh dan sebagainya.

Akan tetapi sekiranya keluar kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
Keenam dan  Ketujuh : Keluar darah Haid dan Nifas .

كنا نحيض عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم نطهر فنؤمر بقضاء الصوم ، ولا نؤمر بقضاء الصلاة
Maksudnya : Dari Aisyah r.a, katanya: Kami disuruh oleh Rasulullah s.a.w mengqada' puasa dan tidak disuruhnya untuk mengqada' sembahyang.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Kelapan : Gila .
Kesembilan : Murtad terkeluar daripada islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan.

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Maksudnya : Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat.
[Surah Al-Baqarah, Ayat : 217]

Kesepuluh : Pengsan sepanjang hari ketika berpuasa .

Monday 8 July 2013

penat tp puas dpt capai target


dpt sijil pun jd la..1 nombor pun x kena utk cabutan brtuah :(

peta 10 dan 21 km



dpt hbiskan larian 10km dlm masa 48 mnit..
walaupun x dpt bwak balik medal, tp puas hati dpt prbaiki catatan masa tahun lpas iaitu 1 jam..

pmenang kategori D 10km ni ialah wakil dari thailand dgn catatan masa 30 mnit.

nmpaknya aku prlu bnyak berlatih utk compete for medal next year..bkan hanya main futsal je pd waktu ptg..
i'm so proud with my mother..dia dpt hbiskan jgk 10km wlaupun sudah mnjangkau usia 50an..

ape yg aku dgr,seramai hmpir 17500 pserta yg join larian kali ini dlm pelbagai kategori..ade peserta2 dari eropah, asia, afrika..pergh.

smangat utk msuk larian2 jarak jauh mcm ni sgt menebal..kan bgus klau aku dpt sematkan smangat mcm ni ketika belajar..ye dok?
aiseh !




Tuesday 2 July 2013

pesanan buat diriku

Orang lain pakai android, kita pun nak pakai android.
Orang lain upgrade ios7, kita pun nak.

Apa trend baru sekarang, kita nak ikut. Takut dikatakan ketinggalan zaman. Itu belum campur qwiyomi, keek apa semua bagai.

Eh, tapi bila orang ramai-ramai update status baca Al-Kahfi hari Jumaat tak rasa pula ko ikut? Orang baca al-mulk sebelum tidur, orang solat dhuha, orang kumpul baca makthurat, tak rasa pula ketinggalan?

Eh, usrah pun sekarang dah jadi trend la beb, tamau follow?

Benda lain kita nak upgrade, iman kita tamau upgrade?

Tak nak tertinggal trend, nak ikut sama naik tren. Tapi soalannya tren ko ke mana? Tren dunia ke tren ke akhirat?


*Ko tu ialah aku..




Monday 1 July 2013

sabar

Membaca Al-Quran sambil melayan perasaan. Tiba-tiba terbaca ayat,

"Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.."-[8:46]

Hati tersenyum, rasa terpujuk. Sambil tu sambung sikit lagi, jumpa pula,

"Barangsiapa bertawakal kepada Allah, ketahuilah Allah maha perkasa, maha bijaksana.." [8:49]

Ok, fine. Terharu. Terima kasih ya Allah.. T_T

*Kerana Allah selalu menemani kamu..



friendship

You lose yourself in the crowd, with your cold eyes and closed heart
If you're just going to be wounded without searching for tenderness
Don't be afraid of the dark night as your colors fade each time you pass someone

It's melody, gather up the lost pieces of your heart
So that someday you can laugh again, yeah
Just melody, you really have a gentle, innocent smile
I'll always protect it

You won't be able to find the answer like one who knows good and evil
But find your feelings again, it's not too late

It's melody, meetings and partings give you a new sound
A sound so you don't lose that smile, yeah
Just melody melody, don't forget it, even if we're far apart
I can hear your melody

You were all alone and freezing
Feeling like even the light reflected in the window wouldn't shine on you

It's melody, gather up the lost pieces of your heart
So that someday you can laugh again, yeah
Just melody, being played on the score of time
Alone since the day you were born
It's melody, meetings and partings give you a new sound
A sound so you don't lose that smile, yeah
Just melody melody, that song you sang once upon a time
I swear I'll never forget it

You are my song
And I'll be wiz you
Friends will be friends
Forever and ever together




Monday 27 May 2013

Pelupa atau cuai ?

Duit aku hilang,

Its really tired and make me feel so weary. Setiap orang Allah bg kelebihan dan kekurangan yg sebolehnya dia x mau. Dan aku rasa ini adalah masalah yg teruk bg aku.

Aku prnah khilangan bnyak bnda. Kunci motor , kunci bilik, student id card, buku , baju , pendrive..Bnyak benda.. And its disappeared like i have a short term memory loss. Memori yg terpotong.

Tablet yg aku pkai skrg? Ya, aku prnah tertinggal juga.

People give advice,
Gantung di leher, letak tempat sama, beli beg sandang, and whatsoever.

I listen. Semua aku cuba dan usaha. I keep on trying. Some friends akan ckap,
''Cuai '' '' Ubah sikap ''''kamu tu yg x jaga'' dan entah pelbagai lagi komen dan bajet lawak yg mnyakitkan hati.

Sometimes I just smile, or keep silent. But you already have a black spot on my perspective.

Ingat aku nak ke?Bayar berpuluh-puluh, beratus ringgit untuk semua tu..

Berjalan ke sana sini mencari di mana barang tersebut jatuh , stress dan serabut setiap kali benda tu terjadi dlm keadaan masih bnyak perkara yg aku aku perlu fikir dan buat.

Malah , kdg2 aku terpaksa brgaduh mulut dgn org atas perkara ini dlm keadaan aku cuba mnjaga akhlak dan perhubungan aku.

Ingat best ke?

Ya, berulang kali. It sounds weird. But believe me, I keep on trying and really hate this thing to happen.

Ada benda yg kita x mau pun.. Kita letih dgn diri sndiri. But its hard on people to understand, until its happen to them.

Seingat aku. Bila barang aku hilang, seorang kawan ada bagi nasihat..

''Ko kena kahwin dh ni Zhaf.. ''

Dan aku hanya boleh kata..

''Semoga sntiasa brsabar wahai bakal isteriku nanti..''

haha

('',)

Sunday 14 April 2013

zhaf, please jangan putus asa


  • jika kau prnah gagal,bermakna kau smakin mnghampiri kejayaan
  • rmai akan tersenyum mlihat kegagalan kau,putus asa dan lain2
  • jika kau berhenti berusaha, matilah cita2 kau..tiadalah harapan..Jangan berputus asa..Buktikan !!
  • Kau kena ingat, org yang berjaya sntiasa mencari peluang..Orang yang gagal slalu mncari alasan..

Masalahnya..
bolehkah?


sahabat pesan, nawaitu kerana Allah..
kau perlu perbetulkan niat tu dulu..niatkan kerana Allah
tu yang paling penting..

Saturday 23 February 2013

Almarhum Dato Setia Bijaya Diraja Jeragan Abdul Shukor

Dato' Setia Jeragan Abdul Shukor (1899-1924)


Abdul Shukor Bin Mohamed Ali dilahirkan semasa pemerintahan Sultan Mohamed Ali Al-Mukamal Inayat Shah,Sultan Perak Yang Ke 24 (1865-1871).Nama Bonda beliau ialah Che Teh Miti berasal dari Bota Kiri,Parit Perak.
Beliau dibesarkan didalam istana dan berdamping rapat dengan kerabat Diraja yang bermula dari Almarhum Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah,Sultan Perak yang ke 27 (1876-1887), yang dikatakan amat menyayangi beliau.
Beliau banyak berkhidmat dibawah Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah,Sultan Perak yang ke 28 (1887-1916) dimana beliau dilantik sebagai Setiausaha Baginda.
Dato' Setia Jeragan Abdul Shukor sebagai penjaga Istana-Istana Negeri Perak.
Diantara alat-alat kebesaran negeri Perak yang turut dijagai juga oleh Dato' Setia Jeragan Abdul Shukor
-Algrette Diraja
-Taniak Diraja
-Keris Seri Gading
-Pontoh Ular Lidi

Pangkat Dan Gelaran Yang Disandang
1883-1891: Toh Raja Dibongsu Bentara Istana Diraja
1899 : Jeragan
1899 : Dato' Setia Bijaya Diraja

Riwayat
Sepanjangan riwayatnya, Dato' Setia Jeragan Abdul Shukor sempat berkhidmat setia kepada 4 Sultan Perak seperti berikut :
-Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah,Sultan Perak yang ke 27 (1876-1887)
-Sultan Idris Murshidul Azam Shah,Sultan Perak yang ke 28 (1887-1916)
-Sultan Abdul Jalil Nasruddin al-Mukhataram Shah,Sultan Perak yang 29 (1916-1918)
-Sultan Iskandar Shah,Sultan Perak yang ke 30 (1918-1938)
Beliau meninggal dunia pada tahun 1924 dan jenazah beliau disemadikan berhampiran makam diRaja Bukit Chandan Kuala Kangsar.Bersebelahan adalah isteri beliau,Che Teh Doyah yang meninggal dunia pada tahun 1928.

Penyandang Pangkat Y.B,O.K.K Dato Setia Bijaya DiRaja
- Dato' Setia Jeragan Abdul Shukor (1899-1924)
- Dato' Setia Mohd Noordin (1924-1939)
- Dato' Setia Mohd Hashim (1939-1973)
- Dato' Setia Abdul Wahab (1974-1989)
- Dato' Setia Haji Mohd Ghazali (1989-present)

sumber: http://temanorangparit.blogspot.com/2010/02/almarhum-jeragan-abdul-shukor.html

keratan akhbar pada tahun 2005..Masa ni aku x dpt join sbab busy dgn prcubaan SPM..Bila le event mcm ni dpt dibuat lagi??Seronok klau dpt join.




Sekian,
salah seorang waris Jeragan Abdul Shukor sbelah ibu,



Friday 15 February 2013

Menawan puncak bukit kledang,Perak

cuti lebih dari seminggu..x sah klau aku x naik bukit kledang..Dah ler mencabar,mnguji fitness..dekat dgn rumah plak tu..huhu..cuti mid sem ni je dh 2 kali aku daki bukit kledang..1st brsama family dan 2 nd brsama mmber. Dua2 brjaya smpai ke puncak..bezanya brsama family,kami brjaya smpai ke stesyen pemancar bawah dan brsama mmber,kami brjaya smpai ke stesyen pemancar paling atas..bezanya x jauh sgt pun..paling cepat cuma setengah jam pendakian.

Untuk makluman,Bukit Kledang merupakan bukit banjaran trbesar kt perak ni. Bukit ni digunakan sbgai lokasi pmancar bagi smua rangkaian radio dan tv di ipoh. Tempat ni sgt sesuai utk golongan2 yg gemar mendaki dan yg suka exercise yg agak mencabar.Ada 4 jnis trail yg dipanggil 4-2 (1 jam), 4-3 (1.5 jam) , 4-9 (2 jam) dan Rtm (4 jam). Menurut wikipedia Bukit kledang ni setinggi 800 m( 2640 ft).

bagi yg tak pernah naik tu,better cari fitness dulu..bukannya apa,takut 'pancit' cpat nnti..dah 'pancit' mulalah mngalah nk smpai ke puncak..mental pun kena buat persiapan jgak..Dan akhir skali better naik slepas subuh..sebelum pukul 7 pagi mcmtu. Dapat tgk sunrise yg cantik..hehe
 







Puncak('',)


#mood: jelez tgk bro2 dan uncle2 yg naik beskal smpai ke puncak..stamina diorg sgt tinggi..
kan bgus kalau aku ada beskal mcm diorg..aiseh

Wednesday 13 February 2013

kesabaran

ape nk dipost kali ni? tak tau nk taip psal ape..haa,aku just cerita apa yg brlaku pagi td la..sblum tu nk tanya dlm family korang ada yg minat sukan tak?just asking..itupun klau ada yg baca post aku ni..saja prasan sndiri..haha

contoh dlm family aku..yg btui2 aktif mak aku la..dok aktif lagi main bola jaring dan futsal..wakil tmpat keje dia ke pringkat kbangsaan..dulu wakil lari pecut..tua tp masih berdarah muda..osem !.mcm aku ni xde la sbab sukan yg aku btui2 leh main (bola baling) xde kt unikl bmi..dok main saja2 ade la..spt pimpong,badminton,futsal..mcm sorg adik aku ni untung la..dpt wakil usm dia main bola baling..bertuah..tp dh grad la ni..yg sorg lg dok aktif main bola jaring wakil skolah dia.

ada 2 aktiviti yg kami skeluarga btui2 sepakat..kami suka berjoging dan mndaki bukit..

ok brbalik kpd apa yg aku nk habaq mula2 td..critanya brmula mcm ni..pagi td,aku dan mmber2 aku dok main futsal di padang polo ipoh..Tgh kami syok main ada le geng2 dari poli ajak lawan dgn kami..mula2 kami tolak psal kami bukannya star pun..main dok suka2 ja..diorang dok mrayu,last2 kami join jgak..diorg ajak main 40 minit ja..40 minit? ok, x lama..xde le kena tibai dgn jaringan besar nnti..hehe

mula2 diorg dok main play safe..passing dekat..shoot ke goal skali skala..kami dok main pressure diorg ja..mklumlah diorg star..kwalan bola pun best..lupa nk bgtau,aku dok main  winger sbab xnak jd keeper..nnti sakit kena rembat..hahah..tgh elok2 diorg passing,tiba2 mmber aku ni dpt rmpas bola..dia pun pass through le bola pada aku..aku pun ape lagi brlari bwak bola ke dpn goal..keeper diorg tutup ruang..aku plak? lari smpai terlajak..dan aku buat tndangan 'backheel' ke gawang..aku bajet keeper dpt tngkap sbab klau nk tndang ke depan xleh sbab keeper dh tutup ruang dan aku dh terlajak lari..tp...goall !!

yg kelakarnya bola tu lalu di celah kangkang keeper..dah ler kena 'ole'..goal plak tu..merah padam muka dia..malu siot..haha..slpas goal tu mmber2 dok perli..siap kata '' agak2 la nk nganjing keeper pun''..hahah..aku leh gelak je..sbab nasib je goal camtu..lagipun aku bukan kaki rembat jauh..dh btui2 dpan keeper baru nk rembat..apa yg terjadi lpastu?

team budak poli ni mulalah main buas..bukan stakat bola,kaki pun disepak skali..Full time  team budak poli 6-2 team budak x star

-masih mngurut kaki sndiri smbil update blog..pasni kena cari minyak gamat plak..adeh-


Monday 11 February 2013

kerja amal / volunteering project

Last 3rd of February, I joined the Rockcorps Malaysia crew for some volunteering project at Taman Tasik Permaisuri, Cheras. It was so much fun helping out the society such as DBKL to clean up the rubbish and beautify the place. We did our 4 hours and was get given an awesome party afterwards.




What is Rockcorps Malaysia?

Rockcorps Malaysia is part of a global volunteer movement that has reshaped how young people look at volunteering.  It was a social venture company that connects people to the power of volunteering and brands to the power of people. The concept is simple. GIVE FOUR HOURS of your time to a Rockcorps Malaysia charity project and you will GET one ticket to the hottest show around. BAGI BARU DAPAT!.

You can find out more about them on http://www.facebook.com/RockCorpsMalaysia . Like their page to keep yourself up to date with more volunteering project they have stored for you guys ! 

I'll just let the pictures to do the talking





#Special thanks to Nabil Hilman for introduce me to this event. I gain a lot of new friends here('',)









Friday 1 February 2013

Kalau dah bukan jodoh (true story)

kali ni zhaf ingin bercerita mengenai seorang sahabat ni..Seorang lelaki..Lingkungan umur macam Zhaf.

Kisah dia ?

oowh,dia suka kepada perempuan ni..Berumur tua sedikit daripada dia..Kita namakan perempuan itu sebagai 'A'. Dia kenal 'A' melalui adik si 'A' jugak yg masih belajar ketika itu..'A' tu bekas pelajar institusi yg dia belajar sekarang dan sudah bekerja di KL.. Dia suka kepada 'A' ni tetapi dia tak tahu mcm mane hendak tunjukkan walaupun mereka pernah keluar ke bandar bersama.. Kebetulan 'A' tu masih single masa tu..Mereka selalu bermesej, call,kadang2 berblogging dan berfacebook bersama. 'A' juga pernah meminta lelaki itu menjadi ' boyfriend ' sementara agar dia dapat melupakan ex bf dia yg sbelum ini..tetapi lelaki itu menolak..Mungkin sebabnya dia nak mereka mengenali antara satu sama lain dulu..Mungkin. Dia rasa sangat senang akan sikap si 'A'. Jatuh cinta maybe? Si 'A' selalu menceritakan masalah tempat kerja dia kepada lelaki itu dan lelaki itu sentiasa bagi nasihat. Pendek kata mereka selalu berkongsi masalah.

Ada konflik jugak..Lelaki ini seorang yang peramah..Agak Talkative dan sengal..Tak kira bersama mmber2 perempuan atau mmber2 lelaki..Dan disebabkan itu juga ada mmber perempuan yg jatuh hati pada dia. Kita namakan dia sebagai 'B'.Lelaki itu pulak rasa senang akan sikap 'B'..Mungkin disebabkan sikap 'B' itu yg talkatif dan peramah macam lelaki itu..Mereka satu institusi. Zhaf rasa lelaki itu pun dah jatuh hati pada 'B'. Mereka digosipkan bersama oleh mmber2 mereka.

'A' masih berhubung dengan lelaki itu..begitu juga si 'B'. Lelaki itu rasa macam diabaikan oleh si 'A' disebabkan jarangnya mereka call dan bermesej dan juga kesibukan si 'A' dengan kerjayanya. Disebabkan itu dia masih berhubung dengan si 'B'. Lelaki itu mengambil keputusan untuk memberitahu si 'B' yang dia tidak ada apa2 perasaan kepada si 'B' dan mereka hanya layak berkawan. Tujuannya sebab dia mahu setia kepada perasaan cintanya yang pertama kepada si 'A' walaupun si 'A' selalu mengabaikan lelaki itu..Lelaki itu masih bersabar dan tenang bila si 'A' meminta maaf di atas kurangnya mereka contact disebabkan kesibukan si 'A' sebelum ini. Dia tak mau marah sebab mau menjaga hati si 'A'.

Member2 si 'B' dapat tau yang lelaki itu hanya mau berkawan dengan si 'B' dan tidak ada perasaan yg lebih dari itu lalu mereka warning lelaki tu agar jangan kecewakan perasaan si 'B'. Kalau nak berkawan, jangan mesra sangat..Takut si 'B' salah anggap. Lelaki itu berjanji kepada kawan2 si 'B' yg dia takkan sakitkan hati si 'B'. Lelaki itu akan rasa tak selesa bila tak dapat contact dan tau khabar berita dari si 'A'. Kadang2 dia akan mesej dulu..dari awal semester pengajian sampaila habis final exam lelaki tu.

Sampai sekarang dia takut nk bagitau si 'A' yang dia sangat sukakan si 'A' disebabkan lelaki itu yang masih tak habis belajar lagi. Dia fikir perempuan sekarang tak suka kapel2 ni..Ada yang jenis nak kawin awal. Kawen? mana lelaki tu ada duit. Takut kapel2 ni berdosa. Begitu tinggi lelaki itu pandang kepada si 'A'. Lagipun dia tak tau lagi apa reaksi si 'A'. Mungkin si 'A' akan reject dia? Baru-baru ni lelaki tu dapat tau yang si 'A' sudah ada boyfriend walaupun si 'A' tak bagitau lelaki itu pun lagi walaupun melalui mesej. Lelaki itu dapat tau melalui facebook si 'A' dan adik si 'A'. Begitu kecewa dan sakit hatinya lelaki itu. Lalu dia ceritakan masalah dia pada Zhaf. Dia rasa sakit hati sebab si 'A' tak bgtau dia awal2. xde la dia menaruh harapan yang tinggi lagi. Dia kata dia tak mau menaruh harapan lagi kepada perempuan lain selepas ini.

Nasihat Zhaf  kepada lelaki itu :
Lupakan si 'A'. Minta si 'A' lupakan lelaki itu kalau Si ' A' masih contact lelaki tu.
Doakan si 'A' dan pilihan hatinya bahagia.
Habiskan study tu dulu.

ok itu aja.. Kalau Zhaf jadi lelaki itu pun Zhaf akan buat macamtu. Tapi bukan bermakna kami suka main2 kan perasaan perempuan kan?
Lelaki itu nak jaga perasaan si 'A' dan si 'B'. Alih2 lelaki tu yang kecewa.

Adios !


Friday 25 January 2013

Kasih Sayang Allah


Kita selalu beranggapan kasih sayang diantara manusia adalah sangat 
dalam. Menjadi lumrah kehidupan manusia untuk berkasih sayang dan 
bercinta. Tetapi ingatlah saudara seagamaku, walau sedalam mana kasih 
sayang kita kepada manusia dan makhluk yang lain. Ianya tidak dapat 
menandingi dengan kasih sayang Allah Kepada hambaNYa.

Hakikat sebenarnya, Allah sangat kasihkan hambaNya, cuma hambaNya yang tidak sedar.

Sebagai contoh:

" Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat,
Allah sayangkan kita..
Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan,
bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..
Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan,
janganlah hampa.
Ini bukan kerana Allah bencikan kita
tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."

Allah tidak pernah mengecewakan kita kerana kasih sayang Allah mendahului 
dari kemurkaanNya. Janganlah sesekali kita buruk sangka terhadap Allah. 
Begitu hebat sekali kasih sayang Allah kepada hambaNya. Bagaimana pula 
kasih sayang hambaNya kepada Allah? Adakah kita layak untuk 
mempertikaikan kasih sayang Allah SWT kepada kita? Sama-sama lah kita 
renungkan dan fikir-fikirkan...