Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Thursday, 11 July 2013

Perkara - Perkara Yang Membatalkan Puasa

Pertama : Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan dengan sengaja , samaada daripada jenis makanan atau bukan makanan.
Termasuk perkara ini ialah :

1) Menghisap rokok / tembakau, candu, dadah dan sebagainya. Dan menghisap (Nusyuk) melalui hidung.

2) Suntikan makanan atau menambah vitamin.

Kedua : Memasukkan sesuatu daripada dua jalan (Qubul & Dubur).
Ketiga : Memuntahkan makanan dengan sengaja.
Keempat : Jimak (Bersetubuh)

Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, katanya: Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w berkata: Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan hamba? Jawab lelaki itu: Tidak sanggup. Rasulullah s.a.w berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?. Jawab lelaki itu: Tidak mampu. Kata Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?. Jawab lelaki itu: Tidak. Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekahkanlah kurma ini. Kata lelaki itu: Kepada siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Kelima : Keluar Mani dengan sengaja.
Dengan apa cara yang pada adatnya boleh membawa kepadanya. Atau dengan sengaja memandang, atau berfikir-fikir, cium, sentuh dan sebagainya.

Akan tetapi sekiranya keluar kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
Keenam dan  Ketujuh : Keluar darah Haid dan Nifas .

كنا نحيض عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم نطهر فنؤمر بقضاء الصوم ، ولا نؤمر بقضاء الصلاة
Maksudnya : Dari Aisyah r.a, katanya: Kami disuruh oleh Rasulullah s.a.w mengqada' puasa dan tidak disuruhnya untuk mengqada' sembahyang.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Kelapan : Gila .
Kesembilan : Murtad terkeluar daripada islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan.

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Maksudnya : Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat.
[Surah Al-Baqarah, Ayat : 217]

Kesepuluh : Pengsan sepanjang hari ketika berpuasa .

Monday, 1 July 2013

sabar

Membaca Al-Quran sambil melayan perasaan. Tiba-tiba terbaca ayat,

"Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.."-[8:46]

Hati tersenyum, rasa terpujuk. Sambil tu sambung sikit lagi, jumpa pula,

"Barangsiapa bertawakal kepada Allah, ketahuilah Allah maha perkasa, maha bijaksana.." [8:49]

Ok, fine. Terharu. Terima kasih ya Allah.. T_T

*Kerana Allah selalu menemani kamu..



Friday, 25 January 2013

Kasih Sayang Allah


Kita selalu beranggapan kasih sayang diantara manusia adalah sangat 
dalam. Menjadi lumrah kehidupan manusia untuk berkasih sayang dan 
bercinta. Tetapi ingatlah saudara seagamaku, walau sedalam mana kasih 
sayang kita kepada manusia dan makhluk yang lain. Ianya tidak dapat 
menandingi dengan kasih sayang Allah Kepada hambaNYa.

Hakikat sebenarnya, Allah sangat kasihkan hambaNya, cuma hambaNya yang tidak sedar.

Sebagai contoh:

" Jika apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah dengan cepat,
Allah sayangkan kita..
Jika apa yang kita doakan lambat dikabulkan,
bermaksud Allah ingin menguji kesabaran kita..
Jika apa yang kita doakan tidak dikabulkan,
janganlah hampa.
Ini bukan kerana Allah bencikan kita
tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita doakan.."

Allah tidak pernah mengecewakan kita kerana kasih sayang Allah mendahului 
dari kemurkaanNya. Janganlah sesekali kita buruk sangka terhadap Allah. 
Begitu hebat sekali kasih sayang Allah kepada hambaNya. Bagaimana pula 
kasih sayang hambaNya kepada Allah? Adakah kita layak untuk 
mempertikaikan kasih sayang Allah SWT kepada kita? Sama-sama lah kita 
renungkan dan fikir-fikirkan...


Tuesday, 7 August 2012

Stress !!



Stress , tension , stress , tension...Argggh !
semester ni betul2 menyakitkan minda aku..
Kali ni aku nk tulis psal stress.

Punca Stress

Dalaman

  • Cepat marah ,cepat kecik hati , sensitif
  • Tiada pandangan luas , merasa diri sentiasa betul.
  • Mungkin masalah kewangan , pembelajaran , membazir masa.
  • Malu bertanya , tidak pandai bergaul , tiada keyakinan utk mmberi pendapat.
Luaran
  • Cara berinteraksi dengan keadaan sekeliling.
  • Peristiwa2 spt kegagalan dan kehilangan.
  • Menyendiri.
Cara-cara Menghadapinya menurut pandangan Islam
  • Selalu mengamalkan senaman ringan , bersukan supaya dapat banyak oksigen untuk bernafas.
  • Berzikir , selalu mengingati Allah.
  • Selalu membaca Al Quran sebab Al Quran adalah pertunjuk dan penyembuh.
  • Berfikiran positif dalam semua hal.
  • Solat dan berdoa mohon pertolongan sebab solat dapat memberi ketenangan.
  • Bertawakal kepada Allah.
InsyaAllah (",)

Monday, 23 July 2012

doa dan usaha

Alhamdulillah..sudah lama tidak mencoret disini..Sibuk memikirkan entry yang hendak dicoretkan barangkali..Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada sahabat2 yang beragama Islam..Entry saya pada kali ini saya ingin tekankan kebaikannya berdoa.

Indahnya Islam.. Segalanya dimulakan dengan doa, bermula dari bangun tidur hingga tidur kembali pada malamnya. Prinsip doa agar hati sentiasa terikat dalam mensyukuri, mengingati dan memuji Allah swt. Allah yang Maha Baik, menginginkan kebaikan buat hamba-hambaNya. Dengan berdoa dan berusaha ke arah kebaikan, segala kebaikan pasti dianugerahkan. Kebaikan dari segi keberkatan, kebahagiaan, kesihatan, ketenangan, dipermudahkan urusan dan pelbagai kebaikan lagi.

"Wahai Tuhanku yang Maha Baik.. lorongkan hambaMu ini ke arah jalan-jalan kebaikan dan ketaatan kepadaMu.. Hindarilah hambaMu ini dari melakukan dosa yang boleh mengundang murkaMu.. Ampuni segala kelemahan seorang hamba yang masih bertatih dalam menggapai RedhaMu ini.. Terimalah ya Allahu Rabbi.. Yang Maha Hebat dengan nilai kasih sayang dan belas kasihMu.."