Saturday 26 May 2012

Hockey : MAS 3-3 Great Britain

Perlawanan ini dikuasai oleh pasukan Great Britain dengan tempo permainan mereka yang laju ditambah dengan penggunaan fizikal mereka yang besar memberi kelebihan. Pada awal permainan pasukan Great Britain berjaya menjaringkan gol pada minit ke 5 sebelum pemain negara Azlan Misron menjaringkan gol set-piece penalty corner pada minit ke 11. Namun pada minit ke 20 dan 25 pasukan Great Britain berjaya mendapatkan gol untuk menjarakkan mata dari tuan rumah. Sehingga separuh masa pertama pasukan Great Britain menguasai perlawanan malahan pada satu ketika statistik cubaan tepat pasukan Great Britain adalah 7 manakala pasukan kendalian Tai Beng Hai hanya berjaya melakukan 1 cubaan tepat ke arah gol.
Masuk ke separuh masa kedua, pasukan Malaysia cuba mencari rentak namun pasukan Great Britain masih mengawal permainan sehingga terdapat beberapa peluang untuk mendapatkan peluang. Namun usaha tidak putus asa pasukan negara akhirnya berbaloi. Pada 10 minit terakhir serangan bertali arus dilakukan dan pemain harapan negara, Faizal Saari menjaringkan dua gol cantik pada minit 68 dan 69. Satu melalui gerakan solo manakala satu lagi hanya berdepan dengan penjaga gol. Memang kedua-dua gol itu menunjukkan kelas yang tersendiri dimana kedua-duanya menggunakan ‘reverse stick’.
Walaupun berjaya mengikat Great Britain namun jurulatih perlu memperbaiki skuad ini. Kalau diperhatikan dibahagian tengah agak longar dan mudah dibolos oleh pasukan Great Britain. Banyak juga hantaran yang terkandas dan dapat dikawal oleh pihak lawan. Diharap kelemahan ini dapat diatasi untuk perlawanan seterusnya.


antara gambar2 yg brjaya aku snap

                                                               coach Tai Beng Hai




                                  Sebilangan penyokong yang tidak putus2 memberi sokongan


                          Detik2 jaringan penyamaan yang dijaringkan oleh Faizal Shaari


                                       
                                       

                                       


                             
                                                            Man of The Match

                                                                    Faizal Shaari


          Berikut merupakan jadual perlawanan hoki Piala Sultan Ahmad Shah 2012
KHAMIS,24 MEI 2012 24-05-2012 16:05 Pakistan Vs Argentina
KHAMIS,24 MEI 2012 24-05-2012 18:05 New Zealand vs India
KHAMIS,24 MEI 2012 24-05-2012 20:05 Korea vs Malaysia
________________________________________
FRIDAY,25 MEI 2012 25-05-2012 16:05 New Zealand vs Argentina
FRIDAY,25 MEI 2012 25-05-2012 18:05 Great Britain vs Malaysia
FRIDAY,25 MEI 2012 25-05-2012 20:05 Korea vs India
________________________________________
AHAD, 27 MEI 2012 27-05-2012 16:05 New Zealand vsPakistan
AHAD, 27 MEI 2012 27-05-2012 18:05 Korea vs Argentina
AHAD, 27 MEI 2012 27-05-2012 20:05 Great Britain vs India
________________________________________
ISNIN, 28 MEI 2012 28-05-2012 16:05 Korea vs Pakistan
ISNIN, 28 MEI 2012 28-05-2012 18:05 Great Britain vs Argentina
ISNIN, 28 MEI 2012 28-05-2012 20:05 India vs Malaysia
________________________________________
RABU, 30 MEI 2012 30-05-2012 16:05 Argentina vs India
RABU, 30 MEI 2012 30-05-2012 18:05 Great Britain vs New Zealand
RABU, 30 MEI 2012 30-05-2012 20:05 Pakistan vs Malaysia
________________________________________
KHAMIS, 31 MEI 2012 31-05-2012 16:05 Great Britain vs Korea
KHAMIS, 31 MEI 2012 31-05-2012 18:05 Pakistan vs India
KHAMIS, 31 MEI 2012 31-05-2012 20:05 New Zealand vs Malaysia
________________________________________
SABTU, 2 JUN 2012 02-06-2012 16:05 Korea vs New Zealand
SABTU, 2 JUN 2012 02-06-2012 18:05 Great Britain vs Pakistan
SABTU, 2 JUN 2012 02-06-2012 20:05 Argentina vs Malaysia

Thursday 24 May 2012

Hockey : MAS 1 - 1 KOR

Skuad hoki negara kita berjaya mengikat pasukan ranking ke 6 dunia iaitu Korea Selatan..Aku tengok skuad hoki negara kita turun dengan beberapa muka baru dari skuad hoki yg berjaya memenangi kejohanan remaja Asia baru2 ni..tapi aku tak ingat nama diorang le..hehe

Mula2 tadi pnyerang negara,Faizal Shaari ada 2 peluang..1 mlalui penalti korner dan 1 lagi 1 by 1 dgn keeper..rugi woo..peluang keemasan tu..Tapi KPOP jgak yang skor dulu..Kelam kabut siot defend Malaysia masa tu..tak silap aku goal mlalui counter attack..Lepas tu game seimbang..masing2 ada serang menyerang..

Akhirnya goal2 yang ditunggu-tunggu pun tiba..Marhan Jalil terer gelecek defend korea dan dia lorongkan bola kepada Faizal Shaari..Dan ape lagi..Goal la..haha..Tapi ada banyak le keputusan yang meragukan dari pengadil..Brader cameraman sebelah aku dah banyak kali sumpah seranah pengadil tu..tapi dia buat derk jela..ataupun dia tak dengar..sampai dapat gelaran Evra pun ade..Brader tu mesti penyokong Liverpool..haha

Dibawah ni aku uploadkan beberapa gambar yg aku sempat snap guna DSLR 3310 aku..hehe











Wednesday 23 May 2012

CINTA - LOVE

                                                        still believe in love


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


                                     
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
                                      
                                          

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
  Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!..bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,.kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

                                                                         emoti-con
                                                             2 is better than 1 okay ?  =P

Love

*this is the only thing that has me still believing that true love can exist. aren’t my parents a couple of beautiful people?
Love Bashruddin Bin Shaari and Nin Humaimah Bt Haji Abdul Raof  so much

Kenapa Aku Sokong Arsenal ??


Perkenalan aku dengan kelab Arsenal ni agak lewat..Maklumlah aku lebih kenal Man united lebih lagi dari pasukan2 EPL yang lain.Aku layan jugak team Man united ni dulu..Tapi ada satu benda yang aku x suka psal fan2 Man united ni..diorang terlalu fanatik sampai mengutuk2 fan lain...sentiasa je cari bahan utk mencari gado..lebih kurang mcm kurang matang la..disebabkan itulah aku mencari alternatif untuk menyokong pasukan lain iaitu Arsenal..tak silap aku sejak zaman invicible dulu.
Alasan utama aku minat Arsenal nak tau pasal apa?




Pasal managernya nama Arsene Wenger.
Bagi aku Arsenal dan Arsene Wenger ada chemistry.A.R.S.E.N.A.L dan A.R.S.E.N.E Wenger sangat serasi.Bagi aku jugak Arsene Wenger sangat bijak mencari bakat-bakat muda yang akan dilatih menjadi Superstar.Selain tu,Arsene Wenger bijak dalam berbelanja dan beberapa pemain berbakat yang dia dapat,just for free ataupun dengan harga dan murah..




1. Arsenal menurunkan pemain yang rata-ratanya dikategorikan sebagai young player. Untuk anda yang tidak tahu, Arteta, merupakan yang paling young, sebab dia baru join Arsenal dari Everton. Man Utd asyik-asyik bagi Chris Smalling dgn Phil Jones main, tak pun De Gea, bosan gilerrrr...

2. Arsenal main bagus, kata orang putih, beautiful football. Tapi yang score asyik Van Persie je. Kalaulah Arsenal ada ramai lagi penjaring gol, kan lebih bagus. Tgk Man Utd, Carrick pun score, Phil Jones tu kalau Rooney injured boleh jadi penyerang.

3. Ada young and hot prospect wonderkid seperti Afobe dan Aneke. Man Utd cuma ada Pogba sahaja. Fryers, Macheda, Fabio, Rafael... Eh, banyak la pulak.

4. Fans Arsenal semuanya sporting. Fan Man Utd sokong sebab menang je, bila kalah kutuk-kutuk. Fan Arsenal tenang je walaupun Arsenal dah lama tak menang piala.

haha...tu jela yang aku dapat coretkan..Enjoy the game..Come On You Gunners!

peneman hidup

Don't choose the one who is beautiful to the world..but rather,choose the one who make your world beautiful n more barakah.. (^^,)v
Ps: selamat beramal dan renung2kan lah.. :)


first time as a blogger =)

I never know what to say in these things, maybe because I have never been a person who shares my feelings with others I barely know. I want to be honest and say I am a procrastinator, a perfectionist in that I rather not if it is not going to be perfect, and a big overeater.  It still doesn't feel as if it is enough, but it does feel better, you know, one step closer. One step at a time. Change one thing and move forward. Make the new good thing a habit. They say sharing things with others is supposed to help the most and this is the first time I have tried that too. Still a lots of idea I wanna find to write this blog.Because in my mind only 'MEKDI'..haha.. I guess now all I need is a little help from my friends.