Saturday 26 May 2012

Hockey : MAS 3-3 Great Britain

Perlawanan ini dikuasai oleh pasukan Great Britain dengan tempo permainan mereka yang laju ditambah dengan penggunaan fizikal mereka yang besar memberi kelebihan. Pada awal permainan pasukan Great Britain berjaya menjaringkan gol pada minit ke 5 sebelum pemain negara Azlan Misron menjaringkan gol set-piece penalty corner pada minit ke 11. Namun pada minit ke 20 dan 25 pasukan Great Britain berjaya mendapatkan gol untuk menjarakkan mata dari tuan rumah. Sehingga separuh masa pertama pasukan Great Britain menguasai perlawanan malahan pada satu ketika statistik cubaan tepat pasukan Great Britain adalah 7 manakala pasukan kendalian Tai Beng Hai hanya berjaya melakukan 1 cubaan tepat ke arah gol.
Masuk ke separuh masa kedua, pasukan Malaysia cuba mencari rentak namun pasukan Great Britain masih mengawal permainan sehingga terdapat beberapa peluang untuk mendapatkan peluang. Namun usaha tidak putus asa pasukan negara akhirnya berbaloi. Pada 10 minit terakhir serangan bertali arus dilakukan dan pemain harapan negara, Faizal Saari menjaringkan dua gol cantik pada minit 68 dan 69. Satu melalui gerakan solo manakala satu lagi hanya berdepan dengan penjaga gol. Memang kedua-dua gol itu menunjukkan kelas yang tersendiri dimana kedua-duanya menggunakan ‘reverse stick’.
Walaupun berjaya mengikat Great Britain namun jurulatih perlu memperbaiki skuad ini. Kalau diperhatikan dibahagian tengah agak longar dan mudah dibolos oleh pasukan Great Britain. Banyak juga hantaran yang terkandas dan dapat dikawal oleh pihak lawan. Diharap kelemahan ini dapat diatasi untuk perlawanan seterusnya.


antara gambar2 yg brjaya aku snap

                                                               coach Tai Beng Hai




                                  Sebilangan penyokong yang tidak putus2 memberi sokongan


                          Detik2 jaringan penyamaan yang dijaringkan oleh Faizal Shaari


                                       
                                       

                                       


                             
                                                            Man of The Match

                                                                    Faizal Shaari


          Berikut merupakan jadual perlawanan hoki Piala Sultan Ahmad Shah 2012
KHAMIS,24 MEI 2012 24-05-2012 16:05 Pakistan Vs Argentina
KHAMIS,24 MEI 2012 24-05-2012 18:05 New Zealand vs India
KHAMIS,24 MEI 2012 24-05-2012 20:05 Korea vs Malaysia
________________________________________
FRIDAY,25 MEI 2012 25-05-2012 16:05 New Zealand vs Argentina
FRIDAY,25 MEI 2012 25-05-2012 18:05 Great Britain vs Malaysia
FRIDAY,25 MEI 2012 25-05-2012 20:05 Korea vs India
________________________________________
AHAD, 27 MEI 2012 27-05-2012 16:05 New Zealand vsPakistan
AHAD, 27 MEI 2012 27-05-2012 18:05 Korea vs Argentina
AHAD, 27 MEI 2012 27-05-2012 20:05 Great Britain vs India
________________________________________
ISNIN, 28 MEI 2012 28-05-2012 16:05 Korea vs Pakistan
ISNIN, 28 MEI 2012 28-05-2012 18:05 Great Britain vs Argentina
ISNIN, 28 MEI 2012 28-05-2012 20:05 India vs Malaysia
________________________________________
RABU, 30 MEI 2012 30-05-2012 16:05 Argentina vs India
RABU, 30 MEI 2012 30-05-2012 18:05 Great Britain vs New Zealand
RABU, 30 MEI 2012 30-05-2012 20:05 Pakistan vs Malaysia
________________________________________
KHAMIS, 31 MEI 2012 31-05-2012 16:05 Great Britain vs Korea
KHAMIS, 31 MEI 2012 31-05-2012 18:05 Pakistan vs India
KHAMIS, 31 MEI 2012 31-05-2012 20:05 New Zealand vs Malaysia
________________________________________
SABTU, 2 JUN 2012 02-06-2012 16:05 Korea vs New Zealand
SABTU, 2 JUN 2012 02-06-2012 18:05 Great Britain vs Pakistan
SABTU, 2 JUN 2012 02-06-2012 20:05 Argentina vs Malaysia

No comments:

Post a Comment