Tuesday 25 September 2012

Ninja Names


Mine's kunoki..what's yours? =P

‘IZINKAN SAYA BERZINA DENGAN ANAK PAKCIK'?

Gadis : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : eh.

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
Teruna : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
Teruna : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
Teruna : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
Teruna : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
Teruna : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh.. acik sekarang saya da tau. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
Teruna : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm.
Ibu G : kenapa?
Teruna : takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat. Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : ehh. Sory pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik. Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
Teruna : betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je. Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.” “ : )”

“petang ni takde mood nak keluar, Sory.

Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.

copypaste dari sahabat facebook =)

Saturday 1 September 2012

lambat lagi (",)

Alhamdulillah,

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim , Engkau permudahkan segala urusan kami.
Hari ini dalam sejarah 2 org sahabat telah diijabkabulkan , Aku teruja kerana dapat berkongsi bersama detik manis dengan sahabatku. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka dan eratkan hubungan mereka.
Moga Allah tentukan jodoh mereka sehingga ke Syurga =)

P/s : Saya lambat lagi , tak tau la bila (",)


Sunday 19 August 2012

Hidup tanpa Fesbuk / Hari Raya prtama

DEAKTIVATE FESBUK

Lega rasanya bila dpt deaktivate fesbuk. Maklumla kadang2 status yg saya post bley buat org lain salah sangka. Ketagihan terhadap benda alah tu lagi. So utk elakkan dari menjadi lebih buruk, baik saya buat langkah pencegahan. Terima kasih awak kerana mengingatkan saya pada post2 saya sebelum ni (",)

1ST DAY OF HARI RAYA AIDILFITRI




Tahun ini merupakan tahun ke 2 saya dan keluarga beraya tanpa Datuk dan Nenek. Maksud saya both side mak dan ayah saya. Sedih memang sedih kerana apa yang berlaku few years back then tak mungkin berlaku lagi pada tahun ini dan tahun2 seterusnya. Tapi kami sekeluarga tetap akan balik kampung di Kedah pada hari raya ke 4 ni..nak melawat saudara-mata.. Kenduri kahwin lagi..hehe

btw, nk brcerita psal hari raya prtama, mmg best. Pagi2 lg saya dan adik2 bersiap..ada yg tolong isi kuih, belah lemang, potong ketupat. mcm2 ragam. Pastu kami adik beradik beratur utk mintak maaf kt mak dan ayah. Dapat duit raya lagi..hehe. Setelah selesai, kami bersolat raya bersama-sama pnduduk taman disurau.

Selepas tu, kami melawat kubur arwah datuk dan nenek di Gurap. Ibu menyuruh saya mngepelai bacaan yassin bserta bacaan doa brsama-sama. waktu pulang ke rumah, ibu sempat berseloroh yg saya dah boleh kawen dah sebab dh bley jadi imam. Amboi ayat..haha

Start tengah hari baru kami sekeluarga melawat saudara mara di sekitar ipoh. Saya dan adik2 dah set dlm jadual kami , raya pertama mlawat rumah saudara mara sebelah ibu, raya kedua mlawat kawan2, raya ketiga               open house rumah kami dan raya keempat baru balik Kedah. Yang bestnya saya still lagi dpt duit raya. Yeay ! kakak saudara yg tua setahun pun kasi. maklumla sy still lg  student. So boleh lagi dpt duit raya..Bila dibilang ada lebih kurang 9 sampul saya dpt arini..hehe

Seperti biasa soalan lazim yg pakcik2 dan makcik2 saya akan tanya
Bile habis study ?
Bila nak kawen ni ?
Takde makwe ke ?

Fuh, maklumlah saya dah 24 tahun. Tapi bagi lelaki expcially student cam saya, umur tu still muda lagi. Jawapan yg saya bagi dan membuatkan mereka tersenyum ialah '' Habis study, perkara pertama yg Epi akan buat slepas bkerja tetap ialah Epi akan bawak Mak dan Ayah Epi pergi Haji..Doa2 kanlah umur kami sekeluarga panjang yea  ''

Ada jugak saya bagi jwapan secara berseloroh '' Epi dah suka kat seseorang tu, tapi dia reject Epi..so kena tunggu Epi jadi mat kpop le baru dia nk suka kt Epi kot?..hehe''

Tu jela utk pagi buta ni..hehe


Monday 13 August 2012

jeles atau salah sangka ?

baru bukak fesbuk, aku dpt msj ni dari mmber pempuan aku.

''Salam faiz zXXX mnx mf taw klu de wt salah selamer nie mulai hari nie zXXX xleh time faiz jdi rakn fb daa aXXX jeles okk smekom bye''


Pelik ada,kelakar pun ada..nak kata slalu contact,x jugak..teramat jarang..no fon dia pun aku xde.
Teramat musykil disitu..Sedar2 aku dh kena delete kt fb.

pelik kenapa tunang kpd kwan aku ni jeles tanpa sebab o_O

Saturday 11 August 2012

Kegilaan

Korang dh bersedia belum utk EPL musim baru ni?
Aku mcm biasa la..sebagai fan Arsenal, setiap season aku dok harap Arsenal menang cup..
Sekurang-kurangnya piala liga pun jadi la..
Ada mmbr2 dok push
'Zhaf ko sokongla kelab lain, x abis2 dgn 'Arsengal'..bukan menang ape2 pun..dok kosong je almari cup diorg '
Jawapan aku
'Aku bukan lalang, Gunners is my heart, Perak and Malaysia is my soul'

Bak kata legend Arsenal,pakcik Bergkamp 





Korang layan fantasy premier league x?aku mula2 season je brsemangat..bile dh smpai prtengahan x tgk dah..maklumla kena rajin ikuti EPL dan update team slalu.
stakat ni inilah barisan pmain pilihan aku..mcm x brape nk bijak je..nnti tukaq balik kot.

                   

Tuesday 7 August 2012

Stress !!



Stress , tension , stress , tension...Argggh !
semester ni betul2 menyakitkan minda aku..
Kali ni aku nk tulis psal stress.

Punca Stress

Dalaman

  • Cepat marah ,cepat kecik hati , sensitif
  • Tiada pandangan luas , merasa diri sentiasa betul.
  • Mungkin masalah kewangan , pembelajaran , membazir masa.
  • Malu bertanya , tidak pandai bergaul , tiada keyakinan utk mmberi pendapat.
Luaran
  • Cara berinteraksi dengan keadaan sekeliling.
  • Peristiwa2 spt kegagalan dan kehilangan.
  • Menyendiri.
Cara-cara Menghadapinya menurut pandangan Islam
  • Selalu mengamalkan senaman ringan , bersukan supaya dapat banyak oksigen untuk bernafas.
  • Berzikir , selalu mengingati Allah.
  • Selalu membaca Al Quran sebab Al Quran adalah pertunjuk dan penyembuh.
  • Berfikiran positif dalam semua hal.
  • Solat dan berdoa mohon pertolongan sebab solat dapat memberi ketenangan.
  • Bertawakal kepada Allah.
InsyaAllah (",)

Saturday 28 July 2012

Aku benci si pembuli !

aku pon pernah kena buli dulu.pasal hal remeh temeh.
korg nak taw sbb ape ?

masa tu aku form 1..biasalah masa tu aku addicted kpd budaya skema..jumpa senior sikit bg salam..''Assalamualaikum Bang''.senyum dan tunduk bila lalu depan diorg..Budak2 senior ni bila tgk junior hormat sgt kpd diorg,mula la diorg naik bulu..rasa megah semacam..maka dari situ hasrat utk 'membuli' dilahirkan.

Mula2 :
suruh basuh dan gosok baju,bley diterima lagi.
paw makanan spt maggi dan biskut, bley diterima lagi.
suruh beli makanan, bley lg diterima -tp hati dh mula panas-
paw duit blanja -panas !-

aku sound senior2 tu balik.
''Apa ni bang?sikit2 paw sudahla,agak2 la..jgn smpai hormat sy pada abg2 hilang !sudahla abg nk buli org lain abg buli la..sy dah x tahan ! ''
Dua org senior ni tergamam..pastu senyum dan blah dari bilik aku..Aku nampak diorg tengah berbincang berdua..aku tau malam ni aku akan 'kena'.tp aku tak kisah.Aku berani kerana aku dipihak yg benar.Aku xde buat salah ape2 pun..Member2 aku bgtau jgn cari psal..bagi je ape yg diorg nak.
Nak bgtau warden?aku xde bukti..nanti x psal2 dicop sbgai 'Mat Port' oleh mmber2..Lgpun senior2 ni org kuat sekolah..rajin dpan cikgu2..'Nice2' je..Hipokrit !

Mlm tu spt biasa..dlm bilik..budak2 yg lain dh tido..dan ada yg buat2 tido..aku dipanggil oleh sorg junior kluar..aku knal junior ni..seorg kaki bodek kpd senior2..klau x puas hati dgn junior2 tu,dia lekas bgtau kpd senior2 ni..kononnya nk mintak senior2 ni nasihatkan mmber2 yg dia x puas hati tu..

Mula la pertikaman lidah kt situ..Last2 kluar le babak yg ditunggu-tunggu !
senior ni lebih2 lelaki bila x puas hati..mula le kluar kekuatan kejantanannya..
mula2 tolak menolak..pastu dia main tangan dan kaki plak..mmber senior dia dok sokng.hangatkan suasana.
aku x tau sape yg menang,sape yg lebih kuat..masing2 dok hentam je..dikuasai oleh amarah masing2.
Si senior ternampak kayu pvc..dia ambik lalu pkul aku kt blakang..ape lg aku mnjerit ksakitan le..xkan ler rasa suka..pedih ooo..
entah mcm mane aku nmpak pnyodok smpah kt luar bilik..aku brambat ambik pnyodok tu dan aku hempok si senior kena kt perut dia..masa tu aku x pikir ape dah..yg penting aku nk mnang !

tiba2 dtg plak ktua warden,En Tazalley..aku pelik gak warden x reti nk tido ke?padahal dh pkul 3 pagi..rupa2 nye ade sorg mmber aku dok pi report kt warden tu..syukur Alhamdulillah..dpt mngelakkan dari terjadinya perkara yg lebih buruk..pagi tu kami 'dibasuh' oleh en Tazalley.Mujurlah perkara tu x smpai kpd pihak ibu bapa kami..tak dpt bayangkan ape perasaan diorg klau tau yg anak2 diorg ni trlibat dgn pergaduhan..Kami berdamai kt situ..Aku pergi ke tandas dan chek tubuh badan aku..bnyak lebam dan darah..

Moral of the story??
xde pun..just aku dpt buatkan senior2 tu berfikir x smua junior suka dibuli..Junior pun ada prasaan jgak.
Aku pun pernah buli junior bila aku dh jd senior tp aku berpada-pada jgak le..suruh beli air je pun..tu je..Buli x baik sbenarnya..hehe..Guna akal yg dianugerahkan Ilahi.



to all the bullies..this song for you guys !

Monday 23 July 2012

doa dan usaha

Alhamdulillah..sudah lama tidak mencoret disini..Sibuk memikirkan entry yang hendak dicoretkan barangkali..Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada sahabat2 yang beragama Islam..Entry saya pada kali ini saya ingin tekankan kebaikannya berdoa.

Indahnya Islam.. Segalanya dimulakan dengan doa, bermula dari bangun tidur hingga tidur kembali pada malamnya. Prinsip doa agar hati sentiasa terikat dalam mensyukuri, mengingati dan memuji Allah swt. Allah yang Maha Baik, menginginkan kebaikan buat hamba-hambaNya. Dengan berdoa dan berusaha ke arah kebaikan, segala kebaikan pasti dianugerahkan. Kebaikan dari segi keberkatan, kebahagiaan, kesihatan, ketenangan, dipermudahkan urusan dan pelbagai kebaikan lagi.

"Wahai Tuhanku yang Maha Baik.. lorongkan hambaMu ini ke arah jalan-jalan kebaikan dan ketaatan kepadaMu.. Hindarilah hambaMu ini dari melakukan dosa yang boleh mengundang murkaMu.. Ampuni segala kelemahan seorang hamba yang masih bertatih dalam menggapai RedhaMu ini.. Terimalah ya Allahu Rabbi.. Yang Maha Hebat dengan nilai kasih sayang dan belas kasihMu.."



Sunday 17 June 2012

Happy Abah Day

                                               
       Seorang abah yang amat tegas dalam mendidik anak-anaknya. Mempunyai banyak pantang larang dalam memastikan anaknya berguna seperti sekarang..Dah lali dengan tali pinggang dan bentuk2 ' penyeksaan' yang lain. Maklumlah kami adik beradik ni nakal..Expecially aku, seorang anak yang suka melawan cakap,suka bergaduh dan bermacam-macam lagi kenakalan yang lain..hehe..Tapi kalau tak kerana ketegasan abahku mendidik anak-anaknya,aku tak mungkin menjadi seperti sekarang.

       Mungkin aku akan menjadi seorang anak yang teruk..Btw abah dah suka berseloroh sekarang..Pengaruh mak aku le ni..hehe..Mak aku ada bagitau,segarang-garang abah pun,waktu muda dulu romantik jugak orangnye..Amboi !..hehe

' Selamat Hari Bapa abah '! =)

                                                           
                                                        Abah,Bashrud din Bin Shaari


                                         
                                     Abah di samping heroinnya..Sayang mak jugak ! =P

Saturday 16 June 2012

Smile


Smile, though your heart is aching
Smile, even though it’s breaking
When there are clouds in the sky
you’ll get by
If you smile through your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You’ll see the sun come shining through
for you
Light up your face with gladness
Hide every trace of sadness Although a tear may be ever so near
That’s the time you must keep on trying
Smile what’s the use of crying
You’ll find that life is still worthwhile
If you’ll just
Smile


                                                           

Friday 8 June 2012

Kontroversi Game Friendly Singapore vs Malaysia

Malaysia's player said ; it was unfair & weird games....
Singapore's player ; that's referee was awesome....
Malaysia's supporters ; its kind a joke....
Singapore's supporters ; that's great...hehehehehe


 thats referee was so HONG KONG....


Komen aku 
: Reff ni konferm kena bayar..maklumle kaki2 bookie di sana
: mustahil penalti sebab Apek dapat touch bola dulu..situasi 50/50 kot..so kelebihan pada Apek sebab berada di kawasan sendiri.
:Freekick dalam kotak penalti..aku rasa jarang aku tengok set piece mcm ni..Reff ni memang hebat la..
  Disebabkan Aidil menjerit 'Yes ', Singapore dapat free kick dlm kotak penalti..
  Melainkan kalau Apek buat kesilapan dengan mnangkap bola hantaran belakang dari pertahanan
 : Pemain2 Malaysia perlu belajar kuatkan aspek mentaliti diorang..Game hancur bila goal yang pertama tu..






                 sumber sokernet.com




menang atau kalah
Semangat kami tetap bersamamu
Harimau Malaya


                  Diharapkan Pemain-pemain Malaysia dapat membalas dendam di Shah Alam nanti

KLCC , picture maping , light and music festival 2012

baru2 ni aku dan mmber2 pergi ke konsert 3d di perkarangan Suria KLCC..memang superb dari segi pencahayaan la..konsert tak seberapa sebab aku tak berapa kenai artis2 yang buat persembahan..so yang tak dapat pergi tu aku ucapkan 'Padan Muka'..hehe




Thursday 7 June 2012

forever alone? wahahah

memang kena dengan aku pun..selalu bagi nasihat kat member2..dah macam berpengalaman banyak je psal cintan-cintun ni.
Padahal masih single lagi..nak buat camner?pelajaran perlu diutamakan..

mcm mane nk dapat kerjaya yg baguih2 utk support anak bini kalau plajaran hancur..ye dok?
Tapi smuanya bergantung kepada rezeki yg Allah telah tetapkan kepada hamba-hambaNya..Yang penting kita berusaha utk mendapatkannya..Chow

Saturday 26 May 2012

Hockey : MAS 3-3 Great Britain

Perlawanan ini dikuasai oleh pasukan Great Britain dengan tempo permainan mereka yang laju ditambah dengan penggunaan fizikal mereka yang besar memberi kelebihan. Pada awal permainan pasukan Great Britain berjaya menjaringkan gol pada minit ke 5 sebelum pemain negara Azlan Misron menjaringkan gol set-piece penalty corner pada minit ke 11. Namun pada minit ke 20 dan 25 pasukan Great Britain berjaya mendapatkan gol untuk menjarakkan mata dari tuan rumah. Sehingga separuh masa pertama pasukan Great Britain menguasai perlawanan malahan pada satu ketika statistik cubaan tepat pasukan Great Britain adalah 7 manakala pasukan kendalian Tai Beng Hai hanya berjaya melakukan 1 cubaan tepat ke arah gol.
Masuk ke separuh masa kedua, pasukan Malaysia cuba mencari rentak namun pasukan Great Britain masih mengawal permainan sehingga terdapat beberapa peluang untuk mendapatkan peluang. Namun usaha tidak putus asa pasukan negara akhirnya berbaloi. Pada 10 minit terakhir serangan bertali arus dilakukan dan pemain harapan negara, Faizal Saari menjaringkan dua gol cantik pada minit 68 dan 69. Satu melalui gerakan solo manakala satu lagi hanya berdepan dengan penjaga gol. Memang kedua-dua gol itu menunjukkan kelas yang tersendiri dimana kedua-duanya menggunakan ‘reverse stick’.
Walaupun berjaya mengikat Great Britain namun jurulatih perlu memperbaiki skuad ini. Kalau diperhatikan dibahagian tengah agak longar dan mudah dibolos oleh pasukan Great Britain. Banyak juga hantaran yang terkandas dan dapat dikawal oleh pihak lawan. Diharap kelemahan ini dapat diatasi untuk perlawanan seterusnya.


antara gambar2 yg brjaya aku snap

                                                               coach Tai Beng Hai




                                  Sebilangan penyokong yang tidak putus2 memberi sokongan


                          Detik2 jaringan penyamaan yang dijaringkan oleh Faizal Shaari


                                       
                                       

                                       


                             
                                                            Man of The Match

                                                                    Faizal Shaari


          Berikut merupakan jadual perlawanan hoki Piala Sultan Ahmad Shah 2012
KHAMIS,24 MEI 2012 24-05-2012 16:05 Pakistan Vs Argentina
KHAMIS,24 MEI 2012 24-05-2012 18:05 New Zealand vs India
KHAMIS,24 MEI 2012 24-05-2012 20:05 Korea vs Malaysia
________________________________________
FRIDAY,25 MEI 2012 25-05-2012 16:05 New Zealand vs Argentina
FRIDAY,25 MEI 2012 25-05-2012 18:05 Great Britain vs Malaysia
FRIDAY,25 MEI 2012 25-05-2012 20:05 Korea vs India
________________________________________
AHAD, 27 MEI 2012 27-05-2012 16:05 New Zealand vsPakistan
AHAD, 27 MEI 2012 27-05-2012 18:05 Korea vs Argentina
AHAD, 27 MEI 2012 27-05-2012 20:05 Great Britain vs India
________________________________________
ISNIN, 28 MEI 2012 28-05-2012 16:05 Korea vs Pakistan
ISNIN, 28 MEI 2012 28-05-2012 18:05 Great Britain vs Argentina
ISNIN, 28 MEI 2012 28-05-2012 20:05 India vs Malaysia
________________________________________
RABU, 30 MEI 2012 30-05-2012 16:05 Argentina vs India
RABU, 30 MEI 2012 30-05-2012 18:05 Great Britain vs New Zealand
RABU, 30 MEI 2012 30-05-2012 20:05 Pakistan vs Malaysia
________________________________________
KHAMIS, 31 MEI 2012 31-05-2012 16:05 Great Britain vs Korea
KHAMIS, 31 MEI 2012 31-05-2012 18:05 Pakistan vs India
KHAMIS, 31 MEI 2012 31-05-2012 20:05 New Zealand vs Malaysia
________________________________________
SABTU, 2 JUN 2012 02-06-2012 16:05 Korea vs New Zealand
SABTU, 2 JUN 2012 02-06-2012 18:05 Great Britain vs Pakistan
SABTU, 2 JUN 2012 02-06-2012 20:05 Argentina vs Malaysia

Thursday 24 May 2012

Hockey : MAS 1 - 1 KOR

Skuad hoki negara kita berjaya mengikat pasukan ranking ke 6 dunia iaitu Korea Selatan..Aku tengok skuad hoki negara kita turun dengan beberapa muka baru dari skuad hoki yg berjaya memenangi kejohanan remaja Asia baru2 ni..tapi aku tak ingat nama diorang le..hehe

Mula2 tadi pnyerang negara,Faizal Shaari ada 2 peluang..1 mlalui penalti korner dan 1 lagi 1 by 1 dgn keeper..rugi woo..peluang keemasan tu..Tapi KPOP jgak yang skor dulu..Kelam kabut siot defend Malaysia masa tu..tak silap aku goal mlalui counter attack..Lepas tu game seimbang..masing2 ada serang menyerang..

Akhirnya goal2 yang ditunggu-tunggu pun tiba..Marhan Jalil terer gelecek defend korea dan dia lorongkan bola kepada Faizal Shaari..Dan ape lagi..Goal la..haha..Tapi ada banyak le keputusan yang meragukan dari pengadil..Brader cameraman sebelah aku dah banyak kali sumpah seranah pengadil tu..tapi dia buat derk jela..ataupun dia tak dengar..sampai dapat gelaran Evra pun ade..Brader tu mesti penyokong Liverpool..haha

Dibawah ni aku uploadkan beberapa gambar yg aku sempat snap guna DSLR 3310 aku..hehe











Wednesday 23 May 2012

CINTA - LOVE

                                                        still believe in love


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


                                     
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
                                      
                                          

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
  Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!..bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,.kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

                                                                         emoti-con
                                                             2 is better than 1 okay ?  =P