Sunday 19 August 2012

Hidup tanpa Fesbuk / Hari Raya prtama

DEAKTIVATE FESBUK

Lega rasanya bila dpt deaktivate fesbuk. Maklumla kadang2 status yg saya post bley buat org lain salah sangka. Ketagihan terhadap benda alah tu lagi. So utk elakkan dari menjadi lebih buruk, baik saya buat langkah pencegahan. Terima kasih awak kerana mengingatkan saya pada post2 saya sebelum ni (",)

1ST DAY OF HARI RAYA AIDILFITRI




Tahun ini merupakan tahun ke 2 saya dan keluarga beraya tanpa Datuk dan Nenek. Maksud saya both side mak dan ayah saya. Sedih memang sedih kerana apa yang berlaku few years back then tak mungkin berlaku lagi pada tahun ini dan tahun2 seterusnya. Tapi kami sekeluarga tetap akan balik kampung di Kedah pada hari raya ke 4 ni..nak melawat saudara-mata.. Kenduri kahwin lagi..hehe

btw, nk brcerita psal hari raya prtama, mmg best. Pagi2 lg saya dan adik2 bersiap..ada yg tolong isi kuih, belah lemang, potong ketupat. mcm2 ragam. Pastu kami adik beradik beratur utk mintak maaf kt mak dan ayah. Dapat duit raya lagi..hehe. Setelah selesai, kami bersolat raya bersama-sama pnduduk taman disurau.

Selepas tu, kami melawat kubur arwah datuk dan nenek di Gurap. Ibu menyuruh saya mngepelai bacaan yassin bserta bacaan doa brsama-sama. waktu pulang ke rumah, ibu sempat berseloroh yg saya dah boleh kawen dah sebab dh bley jadi imam. Amboi ayat..haha

Start tengah hari baru kami sekeluarga melawat saudara mara di sekitar ipoh. Saya dan adik2 dah set dlm jadual kami , raya pertama mlawat rumah saudara mara sebelah ibu, raya kedua mlawat kawan2, raya ketiga               open house rumah kami dan raya keempat baru balik Kedah. Yang bestnya saya still lagi dpt duit raya. Yeay ! kakak saudara yg tua setahun pun kasi. maklumla sy still lg  student. So boleh lagi dpt duit raya..Bila dibilang ada lebih kurang 9 sampul saya dpt arini..hehe

Seperti biasa soalan lazim yg pakcik2 dan makcik2 saya akan tanya
Bile habis study ?
Bila nak kawen ni ?
Takde makwe ke ?

Fuh, maklumlah saya dah 24 tahun. Tapi bagi lelaki expcially student cam saya, umur tu still muda lagi. Jawapan yg saya bagi dan membuatkan mereka tersenyum ialah '' Habis study, perkara pertama yg Epi akan buat slepas bkerja tetap ialah Epi akan bawak Mak dan Ayah Epi pergi Haji..Doa2 kanlah umur kami sekeluarga panjang yea  ''

Ada jugak saya bagi jwapan secara berseloroh '' Epi dah suka kat seseorang tu, tapi dia reject Epi..so kena tunggu Epi jadi mat kpop le baru dia nk suka kt Epi kot?..hehe''

Tu jela utk pagi buta ni..hehe


Monday 13 August 2012

jeles atau salah sangka ?

baru bukak fesbuk, aku dpt msj ni dari mmber pempuan aku.

''Salam faiz zXXX mnx mf taw klu de wt salah selamer nie mulai hari nie zXXX xleh time faiz jdi rakn fb daa aXXX jeles okk smekom bye''


Pelik ada,kelakar pun ada..nak kata slalu contact,x jugak..teramat jarang..no fon dia pun aku xde.
Teramat musykil disitu..Sedar2 aku dh kena delete kt fb.

pelik kenapa tunang kpd kwan aku ni jeles tanpa sebab o_O

Saturday 11 August 2012

Kegilaan

Korang dh bersedia belum utk EPL musim baru ni?
Aku mcm biasa la..sebagai fan Arsenal, setiap season aku dok harap Arsenal menang cup..
Sekurang-kurangnya piala liga pun jadi la..
Ada mmbr2 dok push
'Zhaf ko sokongla kelab lain, x abis2 dgn 'Arsengal'..bukan menang ape2 pun..dok kosong je almari cup diorg '
Jawapan aku
'Aku bukan lalang, Gunners is my heart, Perak and Malaysia is my soul'

Bak kata legend Arsenal,pakcik Bergkamp 





Korang layan fantasy premier league x?aku mula2 season je brsemangat..bile dh smpai prtengahan x tgk dah..maklumla kena rajin ikuti EPL dan update team slalu.
stakat ni inilah barisan pmain pilihan aku..mcm x brape nk bijak je..nnti tukaq balik kot.

                   

Tuesday 7 August 2012

Stress !!



Stress , tension , stress , tension...Argggh !
semester ni betul2 menyakitkan minda aku..
Kali ni aku nk tulis psal stress.

Punca Stress

Dalaman

  • Cepat marah ,cepat kecik hati , sensitif
  • Tiada pandangan luas , merasa diri sentiasa betul.
  • Mungkin masalah kewangan , pembelajaran , membazir masa.
  • Malu bertanya , tidak pandai bergaul , tiada keyakinan utk mmberi pendapat.
Luaran
  • Cara berinteraksi dengan keadaan sekeliling.
  • Peristiwa2 spt kegagalan dan kehilangan.
  • Menyendiri.
Cara-cara Menghadapinya menurut pandangan Islam
  • Selalu mengamalkan senaman ringan , bersukan supaya dapat banyak oksigen untuk bernafas.
  • Berzikir , selalu mengingati Allah.
  • Selalu membaca Al Quran sebab Al Quran adalah pertunjuk dan penyembuh.
  • Berfikiran positif dalam semua hal.
  • Solat dan berdoa mohon pertolongan sebab solat dapat memberi ketenangan.
  • Bertawakal kepada Allah.
InsyaAllah (",)