Friday 1 February 2013

Kalau dah bukan jodoh (true story)

kali ni zhaf ingin bercerita mengenai seorang sahabat ni..Seorang lelaki..Lingkungan umur macam Zhaf.

Kisah dia ?

oowh,dia suka kepada perempuan ni..Berumur tua sedikit daripada dia..Kita namakan perempuan itu sebagai 'A'. Dia kenal 'A' melalui adik si 'A' jugak yg masih belajar ketika itu..'A' tu bekas pelajar institusi yg dia belajar sekarang dan sudah bekerja di KL.. Dia suka kepada 'A' ni tetapi dia tak tahu mcm mane hendak tunjukkan walaupun mereka pernah keluar ke bandar bersama.. Kebetulan 'A' tu masih single masa tu..Mereka selalu bermesej, call,kadang2 berblogging dan berfacebook bersama. 'A' juga pernah meminta lelaki itu menjadi ' boyfriend ' sementara agar dia dapat melupakan ex bf dia yg sbelum ini..tetapi lelaki itu menolak..Mungkin sebabnya dia nak mereka mengenali antara satu sama lain dulu..Mungkin. Dia rasa sangat senang akan sikap si 'A'. Jatuh cinta maybe? Si 'A' selalu menceritakan masalah tempat kerja dia kepada lelaki itu dan lelaki itu sentiasa bagi nasihat. Pendek kata mereka selalu berkongsi masalah.

Ada konflik jugak..Lelaki ini seorang yang peramah..Agak Talkative dan sengal..Tak kira bersama mmber2 perempuan atau mmber2 lelaki..Dan disebabkan itu juga ada mmber perempuan yg jatuh hati pada dia. Kita namakan dia sebagai 'B'.Lelaki itu pulak rasa senang akan sikap 'B'..Mungkin disebabkan sikap 'B' itu yg talkatif dan peramah macam lelaki itu..Mereka satu institusi. Zhaf rasa lelaki itu pun dah jatuh hati pada 'B'. Mereka digosipkan bersama oleh mmber2 mereka.

'A' masih berhubung dengan lelaki itu..begitu juga si 'B'. Lelaki itu rasa macam diabaikan oleh si 'A' disebabkan jarangnya mereka call dan bermesej dan juga kesibukan si 'A' dengan kerjayanya. Disebabkan itu dia masih berhubung dengan si 'B'. Lelaki itu mengambil keputusan untuk memberitahu si 'B' yang dia tidak ada apa2 perasaan kepada si 'B' dan mereka hanya layak berkawan. Tujuannya sebab dia mahu setia kepada perasaan cintanya yang pertama kepada si 'A' walaupun si 'A' selalu mengabaikan lelaki itu..Lelaki itu masih bersabar dan tenang bila si 'A' meminta maaf di atas kurangnya mereka contact disebabkan kesibukan si 'A' sebelum ini. Dia tak mau marah sebab mau menjaga hati si 'A'.

Member2 si 'B' dapat tau yang lelaki itu hanya mau berkawan dengan si 'B' dan tidak ada perasaan yg lebih dari itu lalu mereka warning lelaki tu agar jangan kecewakan perasaan si 'B'. Kalau nak berkawan, jangan mesra sangat..Takut si 'B' salah anggap. Lelaki itu berjanji kepada kawan2 si 'B' yg dia takkan sakitkan hati si 'B'. Lelaki itu akan rasa tak selesa bila tak dapat contact dan tau khabar berita dari si 'A'. Kadang2 dia akan mesej dulu..dari awal semester pengajian sampaila habis final exam lelaki tu.

Sampai sekarang dia takut nk bagitau si 'A' yang dia sangat sukakan si 'A' disebabkan lelaki itu yang masih tak habis belajar lagi. Dia fikir perempuan sekarang tak suka kapel2 ni..Ada yang jenis nak kawin awal. Kawen? mana lelaki tu ada duit. Takut kapel2 ni berdosa. Begitu tinggi lelaki itu pandang kepada si 'A'. Lagipun dia tak tau lagi apa reaksi si 'A'. Mungkin si 'A' akan reject dia? Baru-baru ni lelaki tu dapat tau yang si 'A' sudah ada boyfriend walaupun si 'A' tak bagitau lelaki itu pun lagi walaupun melalui mesej. Lelaki itu dapat tau melalui facebook si 'A' dan adik si 'A'. Begitu kecewa dan sakit hatinya lelaki itu. Lalu dia ceritakan masalah dia pada Zhaf. Dia rasa sakit hati sebab si 'A' tak bgtau dia awal2. xde la dia menaruh harapan yang tinggi lagi. Dia kata dia tak mau menaruh harapan lagi kepada perempuan lain selepas ini.

Nasihat Zhaf  kepada lelaki itu :
Lupakan si 'A'. Minta si 'A' lupakan lelaki itu kalau Si ' A' masih contact lelaki tu.
Doakan si 'A' dan pilihan hatinya bahagia.
Habiskan study tu dulu.

ok itu aja.. Kalau Zhaf jadi lelaki itu pun Zhaf akan buat macamtu. Tapi bukan bermakna kami suka main2 kan perasaan perempuan kan?
Lelaki itu nak jaga perasaan si 'A' dan si 'B'. Alih2 lelaki tu yang kecewa.

Adios !


No comments:

Post a Comment