Tuesday 2 July 2013

pesanan buat diriku

Orang lain pakai android, kita pun nak pakai android.
Orang lain upgrade ios7, kita pun nak.

Apa trend baru sekarang, kita nak ikut. Takut dikatakan ketinggalan zaman. Itu belum campur qwiyomi, keek apa semua bagai.

Eh, tapi bila orang ramai-ramai update status baca Al-Kahfi hari Jumaat tak rasa pula ko ikut? Orang baca al-mulk sebelum tidur, orang solat dhuha, orang kumpul baca makthurat, tak rasa pula ketinggalan?

Eh, usrah pun sekarang dah jadi trend la beb, tamau follow?

Benda lain kita nak upgrade, iman kita tamau upgrade?

Tak nak tertinggal trend, nak ikut sama naik tren. Tapi soalannya tren ko ke mana? Tren dunia ke tren ke akhirat?


*Ko tu ialah aku..




No comments:

Post a Comment